Saya fobia dengan AMNESIA

Posted on April 27th, 2009 in bisikan hati by ezzahfatinjemain

Bila tgk kisah Akif & Arisa. yalah walaupun itu cuma rekaan sahaja. kdg2 tu terfikir jugak. mcmana kalau kekasih hati lupakan kita. langsung tak ingat siapa kita. nama kita. rupa kita. kebaikan kita. kelemahan kita. latar belakang kita. dan macamana pulak kalau dia bencikan kita dari sebelum ni beria-ia cintakan kita setengah mati. ugh! memang x dpt nak bygkn. dan tambah lagi sakitnya hati bila cincin pertunangan yang sebelum ni elok kemas tersarung di jari dia, dia tanggalkan dan mengharapkan hubungan kita berakhir dengan alasan dia bencikan kita. siapa boleh terima kenyataan mcm ni? kalau ada, dia mesti orang yang tabah. dia cukup kuat untuk menghadapi kenyataan yang cinta dia dah tak berbalas. bahagia dia cuma sekejap. kalau ini yg berlaku pd saya, saya minta maaf tp saya x akan teragak-agak utk berendam air mata. serius! jd, pesanan penting utk bakal kekasih hati sepanjang hidup saya. siapa pun awak. kat mana pun awak. apa pun yang awak tengah buat sekarang ni. kalau awak sanggup tgk mata sy bengkak sebab menangisi kehilangan cinta awak. cubalah menghidap penyakit amnesia kalau awak nak tgk sy merana. sebab sy x sanggup nak terima kenyataan yg awak dah lupakan saya.

_luahan hati ikhlas daripada EZZAH FATIN JEMAIN_